awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 23 kes varian baharu dikesan dalam tempoh enam hari

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2021
08:12 MYT
COVID-19: 23 kes varian baharu dikesan dalam tempoh enam hari
Survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 yang dijalankan sehingga 8 Jun lalu mendapati kesemua kes adalah Variant of Concern (VOC). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan 23 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dalam tempoh enam hari sejak 3 Jun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 yang dijalankan sehingga 8 Jun lalu mendapati kesemua kes adalah Variant of Concern (VOC).
Daripada 23 kes tersebut, 19 kes merupakan varian Beta (B.1.351) dan empat kes adalah varian Delta (B.1.617.2).
"Kes varian Beta (B.1.351) yang telah dilaporkan adalah merangkumi lapan kes di Selangor, tiga kes di Putrajaya, masing-masing dua kes di Kuala Lumpur, Melaka dan Kedah, serta masing-masing satu kes di Perak dan Perlis.
"Manakala empat kes baharu bagi varian Delta (B.1.617.2) adalah masing-masing dua di Putrajaya dan Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sehingga 9 Jun, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 161 jangkitan.
Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 145 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI.
"VOC yang dilaporkan adalah seperti berikut, iaitu 123 kes adalah varian Beta (B.1.351) (semua kes jangkitan tempatan); 13 kes varian Delta (B.1.617.2) ( lapan kes jangkitan import dan tiga kes jangkitan tempatan); dan sembilan kes adalah varian Alpha (B.1.1.7) (lima kes jangkitan import dan empat kes jangkitan tempatan).
"VOI yang dilaporkan pula adalah seperti berikut, iaitu 12 kes adalah varian Theta (P.3) (kesemua kes jangkitan tempatan); tiga kes adalah varian Eta (B.1.525) (kesemua kes jangkitan impot); dan satu kes varian Kappa (B.1.617.1) (jangkitan import)," katanya.
Justeru, beliau mengulangi komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian itu di dalam komuniti.
Dalam masa sama, beliau menasihati masyarakat untuk segera tampil mendaftarkan diri dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin dalam usaha membantu negara dalam membentuk imuniti kelompok.
Bilangan kes positif COVID-19 dengan VOC dan VOI mengikut saringan/kluster sehingga 9 Jun 2021
Bilangan kes positif COVID-19 dengan VOC dan VOI mengikut saringan/kluster sehingga 9 Jun 2021
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#imuniti kelompok
#jangkitan
#varian baharu
#penyakit berjangkit
#vaksin
#ujian saringan
#COVID-19
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan