awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 5 kes baharu, 9 pulih dan tiada kematian

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2020
10:24 MYT
COVID-19: 5 kes baharu, 9 pulih dan tiada kematian
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes melibatkan jangkitan dalam negara, dan tiga kes import dari luar negara.
Malaysia mencatatkan lima kes baharu COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 8,648 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua kes melibatkan jangkitan dalam negara, dan tiga kes import dari luar negara.
Menurutnya lagi, kesemua kes penularan tempatan dan import berkenaan melibatkan warganegara Malaysia dan tiada kes kalangan warga asing.
"Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia, iaitu dua kes saringan pra-rujukan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Tiada kes di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 81 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Selain itu, sembilan kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,446 kes.
Dalam pada itu, tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini dan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 121 kes.
Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital
#ICU
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#Kota Kinabalu
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#unit rawatan rapi
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan