awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jangkitan sifar tempatan kali kedua di Malaysia

Bernama
Bernama
09/07/2020
02:01 MYT
COVID-19: Jangkitan sifar tempatan kali kedua di Malaysia
Semalam Malaysia sekali lagi mencatatkan jangkitan tempatan sifar COVID-19 dengan hanya tiga kes baru dilaporkan, kesemuanya kes import melibatkan rakyat Malaysia yang dijangkiti ketika berada di luar negara. --fotoBERNAMA
Gambar sebiji telur telah dimuat naik Kementerian Kesihatan di Facebook dan Twitter mereka bagi menyatakan jangkitan tempatan sifar COVID-19 dicatatkan di Malaysia semalam, telah mencetuskan satu 'tarikan' dalam media sosial.
Ramai yang menyatakan rasa syukur mereka dengan berita tersebut, di samping memberikan penghargaan kepada petugas barisan hadapan atas usaha berterusan mereka tanpa mengenal penat lelah, dalam memerangi pandemik COVID-19.
Pengguna Twitter @bblogasm memberikan komen "I just know yall (you all) had this in the drafts", manakala @hadi_nor menyatakan "Eggcelent!".
Semalam Malaysia sekali lagi mencatatkan jangkitan tempatan sifar COVID-19 dengan hanya tiga kes baru dilaporkan, kesemuanya kes import melibatkan rakyat Malaysia yang dijangkiti ketika berada di luar negara.
Pada 1 Julai lepas, Malaysia mencatatkan rekod dengan satu kes baru dan jangkitan tempatan sifar, yang merupakan jumlah kes jangkitan baru terendah sejak 18 Mac.
Bagaimanapun, sehingga vaksin untuk virus tersebut ditemui, adalah penting bagi rakyat Malaysia terus berhati-hati dan mengambil tindakan pencegahan dalam membebaskan negara daripada penyakit merbahaya ini.
Seperti yang pernah dikatakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia memerlukan 28 hari jangkitan sifar, sebelum boleh diistiharkan bebas daripada pandemik tersebut.
Sementara itu, dengan situasi semasa COVID-19, kerajaan telah membenarkan empat lagi kategori pelajar pusat pengajian tinggi untuk pulang ke kampus secara berperingkat bermula bulan ini dan pengambilan penuh pelajar pada Oktober.
Bagaimanapun, pelajar diminta untuk terus mengamalkan jarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri di kampus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Facebook
#jangkitan
#jarakan sosial
#kampus
#kebersihan
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#koronavirus
#media sosial
#Noor Hisham Abdullah
#pandemik
#pelajar
#pusat pengajian tinggi
#rakyat Malaysia
#sifar
#telur
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan