awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM kenal pasti 119 kes VOC, VOI - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2021
11:46 MYT
COVID-19: KKM kenal pasti 119 kes VOC, VOI - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham menjelaskan, virus COVID-19 VOC telah dikesan di setiap negeri dalam negara terutamanya bagi varian B.1.351. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti sebanyak 119 kes COVID-19 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 104 kes adalah jangkitan import dari luar negara, manakala 15 kes lagi adalah jangkitan dalam negara.
"Daripada jumlah 119 kes yang dikesan tersebut, 104 kes adalah VOC dan 15 kes adalah VOI.
"VOC yang dilaporkan adalah sebanyak 89 kes membabitkan varian B.1.351 (kesemua kes jangkitan dalam negara), sembilan kes adalah varian B.1.1.7 (lima kes jangkitan import dan empat kes jangkitan dalam negara) dan enam kes varian B.1.617 (kesemuanya jangkitan import).
"Sementara itu, VOI yang dilaporkan pula adalah membabitkan 12 kes varian P.3 (kesemua kes jangkitan dalam negara) dan tiga kes adalah varian B.1.525 (kesemua kes jangkitan import)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu Dr Noor Hisham menjelaskan, virus COVID-19 VOC telah dikesan di setiap negeri dalam negara terutamanya bagi varian B.1.351.
"Oleh itu, besar kemungkinan sudahpun berlaku penularan lebih meluas dalam komuniti bagi sekurang-kurangnya satu jenis VOC di semua negeri di negara ini.
"Memandangkan VOC didapati mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi, situasi ini perlu diambil serius oleh setiap individu.
"Sekiranya rantaian jangkitan penularan tidak diputuskan, ianya akan terus merebak dan lebih sukar bagi kita untuk terus membendung peningkatan kes COVID-19," ujarnya.
Topic Berkaitan
#KKM
#COVID-19
#jangkitan
#vaksin
#VOC
#VOI
#varian baharu
#Variant of Concern
#Variant of Interest
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan