awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
SINAR perkenal gandingan baharu Suraya & Putra dalam Berdua Malam Sinar
AirAsia X tiada hasrat kurangkan pekerja, cuti tanpa gaji walaupun berdepan tekanan industri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM pertimbang lulus penggunaan Ivermectin

Astro Awani
Astro Awani
10/07/2021
21:52 MYT
COVID-19: KKM pertimbang lulus penggunaan Ivermectin
KKM kini di peringkat kajian untuk mengenal pasti keberkesanan dan kesan sampingannya bagi pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: KKM tidak menolak kemungkinan meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaskan keberkesanan dan kesan sampingannya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun menjelaskan, ketika ini penggunaan Ivermectin hanya dibenarkan secara 'off label' sehingga kajian menyeluruh dijalankan.
Menurutnya Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah meluluskan penggunaan 'off label' seperti yang dilakukan pada ubat antimalaria dan HIV, katanya ketika ditemubual dalam program The Nation, bertajuk 'COVID-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita' yang disiarkan secara langsung menerusi BERNAMA TV malam tadi.
Kaedah ini merujuk penggunaan yang tidak didaftar, tetapi dibenarkan sehingga ada bukti kukuh.
Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) yang digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.
Dr Noor Hisham berkata, KKM juga kini di peringkat kajian untuk mengenal pasti keberkesanan dan kesan sampingannya bagi pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#Ivermectin
#pesakit
#rawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan