awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 'Pastikan kita jaga kita' - Dr Noor Hisham mahu semua pihak patuhi SOP

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
10/10/2020
23:55 MYT
COVID-19: 'Pastikan kita jaga kita' - Dr Noor Hisham mahu semua pihak patuhi SOP
Dr Noor Hisham mengisi pagi Ahadnya dengan memuat naik status Twitter menasihatkan rakyat supaya rakyat terus bersatu memerangi COVID-19. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:AWAL pagi Ahad, biasanya ramai orang masih lena dibuai mimpi, mungkin ada juga yang berjoging, berbasikal atau bersarapan bersama keluarga dan rakan.
Namun, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengisi pagi Ahadnya dengan memuat naik status Twitter menasihatkan rakyat supaya rakyat terus bersatu memerangi COVID-19.
Beliau yang memang dikenali sebagai orang yang tidak mudah berputus asa memerangi COVID-19 memuat naik status ini:
“Peperangan dengan COVID-19 hanya boleh dimenangi dengan kesepaduan SEMUA PIHAK, tidak kira latar belakang, pangkat, darjat, profesion dan sebagainya, mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
“Untuk kita berjaya. Pastikan kita jaga kita, keluarga kita, masyarakat kita dan Negara kita,” ciapnya.
Peperangan dgn COVID-19 hanya boleh dimenangi dgn kesepaduan SEMUA PIHAK, tidak kira latar belakang, pangkat, darjat, profession & sebagainya, mematuhi SOP yg telah ditetapkan." Untuk kita berjaya. Pastikan kita jaga kita, keluarga kita, masyarakat kita dan Negara kita. pic.twitter.com/hMCeCpuZ14
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 10, 2020
Pada Sabtu, Malaysia merekodkan sejumlah 374 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, sekali gus menjadikan kes kumulatif ketika ini adalah 15,096 kes.
Dr Noor Hisham berkata Sabah terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 277 kes baharu.
"Daripada 374 kes baharu, 372 kes melibatkan penularan tempatan manakala dua kes lagi adalah kes import," katanya.
Sementara itu dua kes import dilaporkan iaitu pengembara dari Filipina.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#SOP
#kesihatan
#COVID-19
#KKM
#kes positif
#rakyat terus berjuang
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan