awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pusat beli belah Kompleks Ujana Kewangan Labuan diarah tutup

Bernama
Bernama
14/05/2021
14:58 MYT
COVID-19: Pusat beli belah Kompleks Ujana Kewangan Labuan diarah tutup
Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata pihaknya mengesan satu kes positif melibatkan kakitangan dan beberapa pesakit positif COVID-19 yang berkunjung ke premis di kompleks berkenaan. - Sumber foto Google
LABUAN: Jabatan Kesihatan Labuan hari ini mengarahkan pusat beli-belah di Kompleks Ujana Kewangan Labuan ditutup berkuat kuasa hari ini ekoran beberapa penemuan kes COVID-19 di premis berkenaan.
Pengarahnya Dr Ismuni Bohari berkata pihaknya mengesan satu kes positif melibatkan kakitangan dan beberapa pesakit positif COVID-19 yang berkunjung ke premis di kompleks berkenaan.
Beliau berkata penutupan tiga hari sehingga 16 Mei itu bertujuan untuk mengesan kontak dan proses sanitasi.
Pengurus kanan kompleks, Ishamuddin Mansor berkata penutupan itu tidak membabitkan ratusan unit pejabat kewangan luar pesisir Malaysia dan antarabangsa di bangunan pejabat utama kompleks berkenaan.
"Pangsapuri Perkhidmatan Beta dan Kondominium Alpha yang terletak di dua sayap kompleks kekal dibuka kepada penyewa, namun dengan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya.
Arahan penutupan pusat beli-belah berkenaan hari ini merupakan kali kedua selepas November lepas dengan kemunculan kluster Sky Coklat membabitkan beberapa staf kedai bebas cukai.
Labuan merekodkan jumlah kumulatif kes jangkitan sebanyak 2,507 setakat ini dengan satu kluster aktif Layang-Layangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Labuan
#COVID-19
#Dr Ismuni Bahari
#premis kompleks
#Kondominium Alpha
#SOP ketat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan