awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: R-naught negara kekal 0.88, Putrajaya dan Negeri Sembilan tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2021
22:32 MYT
COVID-19: R-naught negara kekal 0.88, Putrajaya dan Negeri Sembilan tertinggi
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kekal 0.88 untuk empat hari berturut-turut. -Gambar hiasan
KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kekal 0.88 untuk empat hari berturut-turut.
Sepuluh negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Putrajaya dan Negeri Sembilan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.03.
Ini diikuti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Perlis, Sabah, Kelantan, Johor dan Terengganu.
Seterusnya, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Pahang dan Sarawak catat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan merekodkan dua kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Topic Berkaitan
#kadar kebolehjangkitan
#R-Naught
#COVID-19
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan