awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Satu lagi kematian dicatat, jumlah terkini 35

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2020
15:34 MYT
COVID-19: Satu lagi kematian dicatat, jumlah terkini 35
Kes kematian terbaharu itu membabitkan seorang wanita warga tempatan berusia 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.
Satu lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 35 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian terbaharu itu membabitkan seorang wanita warga tempatan berusia 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.
BACA: COVID-19: Malaysia rekod 7 lagi kematian, tertinggi dalam 24 jam
"Beliau telah mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.
"Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang," kata Dr Noor Hisham melalui kemaskini di Facebook.
Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 2,470 kes, termasuk 150 kes baharu yang dilaporkan hari ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#CPRC
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Hospital Kuala Lumpur
#Hospital Sungai Buloh
#kesihatan
#koronavirus
#meninggal dunia
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan