awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tinggal 0.9% untuk capai 90% populasi dewasa lengkap vaksin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/10/2021
21:20 MYT
COVID-19: Tinggal 0.9% untuk capai 90% populasi dewasa lengkap vaksin
Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,004,275 individu atau 64.3 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hanya tinggal 0.9 peratus lagi sebelum kadar vaksinasi populasi dewasa negara mencapai 90 peratus dan kelonggaran rentas negeri dibenarkan berdasarkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Seramai 20,856,337 individu atau 89.1 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.6 peratus atau 22,153,302 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,004,275 individu atau 64.3 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Pada masa sama, 74.4 peratus atau 24,309,648 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 147,938 atau 4.7 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 196,647 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 45,204,479 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#rentas negeri
#kadar vaksinasi populasi dewasa
#kadar vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan