awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ujian saringan pekerja asing bermula 1 Disember

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/11/2020
12:06 MYT
COVID-19: Ujian saringan pekerja asing bermula 1 Disember
Kerajaan akan melaksanakan ujian saringan ke atas pekerja asing di enam lokasi secara berperingkat mulai 1 Disember ini. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Kerajaan akan melaksanakan ujian saringan ke atas pekerja asing di enam lokasi secara berperingkat mulai 1 Disember ini.
Ujian saringan tersebut akan bermula di Selangor dan Negeri Sembilan, sebelum diteruskan ke empat lokasi lagi.
Menurut Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kos perkhidmatan hospital perlu ditanggung oleh majikan masing-masing.
Sementara, bagi kos saringan pertama melalui kaedah RTK-antigen sebanyak RM60 akan ditanggung Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), tambahnya.
"(Ujian saringan) seterusnya akan dikuti oleh Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Pada permulaan ini, difahamkan 100,000 ujian akan dimulakan kepada pekerja-pekerja warga asing.
"Bagi mengelakkan kesesakan berlaku, maka majikan perlu mengatur janji temu dengan fasiliti kesihatan swasta bagi ujian COVID-19. BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
"Mungkin dengan janji temu itu, klinik kesihatan swasta (akan) pergi ke industri atau kilang-kilang terlibat atau kawasan tapak binaan yang terlibat," katanya dalam sidang media, di sini pada Jumaat.
Jelas beliau lagi, Kementerian Sumber Manusia juga akan membuat pemeriksaan di kawasan-kawasan kilang.
Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya majikan gagal menyediakan kemudahan perumahan yang baik kepada pekerja warga asing, termasuk tinggal dalam kumpulan yang ramai di sesebuah rumah.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#ujian saringan
#COVID-19
#PKPB
#Kementerian Sumber Manusia
#Selangor
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan