awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Orang ramai ambil langkah berjaga-jaga hadapi gelombang haba

Bernama
Bernama
29/03/2026
05:19 MYT
Cuaca panas: Orang ramai ambil langkah berjaga-jaga hadapi gelombang haba
Bacaan suhu yang mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius mendorong orang ramai lebih berwaspada bagi mengelakkan kesan buruk akibat cuaca panas melampau. - Gambar hiasan
Susulan suhu tinggi pada waktu siang akibat gelombang haba Tahap 1 dan 2 yang melanda beberapa daerah di Kedah, orang ramai di negeri ini mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjalankan aktiviti harian mereka.
Bacaan suhu yang mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius mendorong orang ramai lebih berwaspada bagi mengelakkan kesan buruk akibat cuaca panas melampau.
Seorang penduduk, Mohd Sharudin Ahmad Sobri, 38, berkata beliau mengurangkan aktiviti luar dan mengelak terdedah kepada cuaca panas sekiranya tiada keperluan.
Beliau berkata suhu tinggi boleh menyebabkan rasa hampir pitam dan berisiko terutama ketika menunggang motosikal.
“Jika tiada urusan, saya lebih banyak berada di rumah. Apabila keluar, kulit terasa pedih akibat panas, dan keadaan cuaca sekarang dirasakan lebih terik berbanding sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Mati, Langgar,di sini, hari ini.
Sementara itu, Nur Suraya Johari, 27, berkata beliau kini sentiasa membawa payung setiap kali keluar rumah sebagai perlindungan daripada cahaya matahari.
“Kadangkala saya mengelak keluar rumah, terutama jika bersama anak kecil kerana bimbang keselamatan mereka. Dalam keadaan ini, penjagaan kesihatan dan pengambilan air yang mencukupi amat penting,” katanya.
Bagi peniaga air tebu, Mahdi Hassan, 46, situasi agak berbeza sedikit bagi beliau kerana cuaca panas ketika ini memberi sedikit kelebihan kepadanya apabila jualan meningkat berbanding sebelum ini.
“Jika sebelum ini purata jualan sekitar 40 kilogram, kini meningkat kepada kira-kira 80 kilogram sehari, namun biasanya habis dijual seawal pukul 3 atau 4 petang,” katanya.
Kelmarin, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan seluruh Perlis, empat daerah di Kedah dan satu daerah di Perak mencatatkan gelombang haba Tahap 2, manakala 13 kawasan lain di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 iaitu berjaga-jaga.
Menurut MetMalaysia, Tahap 2 diisytiharkan apabila suhu maksimum harian melebihi antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut, manakala Tahap 1 merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius dalam tempoh sama.
Di Kedah, empat daerah yang mencatatkan Tahap 2 ialah Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling, manakala Tahap 1 melibatkan Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Sik, Kulim dan Bandar Baharu.
— BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedah
#cuaca panas
#gelombang haba
#langkah berjaga-jaga
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan