awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas tahap satu boleh memudaratkan kesihatan golongan berisiko

Bernama
Bernama
05/04/2026
09:33 MYT
Cuaca panas tahap satu boleh memudaratkan kesihatan golongan berisiko
Azman berkata sejak awal Mac hingga kini Kelantan masih mengalami cuaca panas tahap satu dan penduduk dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti luar pada waktu puncak. - Gambar fail/Bernama
Pendedahan kepada cuaca panas tahap satu dalam tempoh yang lama boleh memudaratkan kesihatan, terutama golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan pesakit kronik.
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata sejak awal Mac hingga kini Kelantan masih mengalami cuaca panas tahap satu dan penduduk dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti luar pada waktu puncak, iaitu sekitar 11 pagi hingga 4 petang.
“Setakat ini empat jajahan di Kelantan merekodkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) dengan suhu 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, iaitu Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang.
“Namun, kami tidak menerima sebarang laporan kes penyakit berkaitan cuaca panas. Bagaimanapun, orang ramai perlu mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami gejala penyakit akibat cuaca panas sama ada gejala ringan atau ada sejarah terdedah kepada cuaca panas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Cakna Ubat Mabrur Haji di sini hari ini, yang dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perkhidmatan Farmasi) Dr Azuana Ramli.
Beliau berkata antara gejala penyakit akibat cuaca panas melampau adalah sakit kepala, keletihan, kurang tumpuan, pening, lemah-lemah otot atau kekejangan dan rasa mual. Malah, dalam keadaan yang terlalu teruk ia boleh mengakibatkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri atau koma (strok haba).
“Sekiranya anda sedang merancang aktiviti luar bangunan atau bercuti ketika cuaca panas perlu mengambil langkah pencegahan termasuk merancang aktiviti dengan mengelakkan waktu puncak cuaca panas, minum air kosong yang mencukupi, memakai pakaian yang longgar dan tidak menyerap haba, selain menggunakan peralatan pelindung diri seperti payung atau topi.
“Bagi individu yang perlu melaksanakan kerja di lapangan pula, kerja hendaklah dijalankan pada awal pagi dan diselesaikan sebelum 11 pagi dan kami sarankan pihak pengurusan sekolah, boleh elakkan atau tangguhkan aktiviti di luar kelas untuk pelajar,” katanya.
Dr Mohd Azman ketika mengulas mengenai program itu berkata inisiatif berkenaan membuktikan perkhidmatan farmasi tidak lagi tertumpu di kaunter dispensari semata-mata tetapi turut berperanan sebagai ejen pendidikan, pencegahan dan kesejahteraan masyarakat di lapangan.
“Inisiatif ini diyakini mampu meningkatkan tahap kesihatan jemaah haji dan kepatuhan pengambilan ubat-ubatan di Tanah Suci serta berpotensi menjadi model rujukan untuk diperluaskan ke peringkat nasional,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Tahap Satu
#jemaah haji
#model rujukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan