awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan guling kerajaan: Balu Tun Daim tak mampu gugat demokrasi - Peguam

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/03/2026
08:32 MYT
Cubaan guling kerajaan: Balu Tun Daim tak mampu gugat demokrasi - Peguam
Nizamuddin Hamid yang tiba kira-kira pukul 10.10 pagi bagi proses rakam percakapan yang bermula sekitar jam 10.30 pagi sebelum selesai kira-kira pukul 1.30 tengah hari. - Gambar Anas Nasaruddin

Peguam kepada balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, selesai dirakam keterangan hampir tiga jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini, berhubung siasatan kes dakwaan cubaan menggulingkan kerajaan.

Nizamuddin Hamid yang tiba kira-kira pukul 10.10 pagi bagi proses rakam percakapan yang bermula sekitar jam 10.30 pagi sebelum selesai kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Beliau berkata, kira-kira 90 soalan dikemukakan pihak polis sepanjang proses merakam keterangan berkenaan.

"Pendek sahaja yang saya ingin cakap pada hari ini, temanya ialah fokus kepada realiti, hindari fantasi.

"Realiti pertama ialah anak guam kami (Na'imah) tidak ada kena mengena langsung dengan laporan Bloomberg yang menjadi isu dalam siasatan ini; manakala realiti kedua, anak guam kami atau ahli keluarganya berhak untuk mempertahankan Allahyarham Tun Daim, namanya, legasinya di media atau di mahkamah.

“Fantasi yang patut dihindari. Fantasi pertama, seorang balu berusia 70 tahun tidak mampu dan tidak boleh untuk menggugat demokrasi berparlimen.

"Fantasi kedua yang perlu dihindari ialah langsung tidak ada perlibatan daripada zionis Israel, manakala fantasi ketiga ialah badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil yang dipanggil, mereka tidak dibayar oleh anak Na'imah," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini pada Khamis.

Nizamuddin hadir bersama dua peguam lain iaitu Datuk Khalid Yusoff dan Izwan Ariff Ibrahim.

Dalam perkembangan lain, peguam Zaid Malik yang mewakili dua individu lain berhubung isu sama berkata, anak guam mereka yang juga penganalisis politik turut dipanggil memberi keterangan.

Menurutnya, penganalisis politik berkenaan diajukan kira-kira 80 soalan pihak polis berkaitan kes terbabit.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, polis menerima satu laporan berkaitan dakwaan cubaan menggulingkan kerajaan yang didakwa melibatkan seorang individu tempatan berpengaruh bersama sebuah agensi media antarabangsa.

Menurutnya, siasatan kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Topic Berkaitan
#Tun Daim
#peguam
#guling kerajaan
#polis
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan