awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan jatuhkan kerajaan dalam siasatan polis - PM Anwar

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
03/03/2026
04:24 MYT
Cubaan jatuhkan kerajaan dalam siasatan polis - PM Anwar
Anwar menekankan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sebarang cubaan menjatuhkan pentadbiran melalui tekanan luar atau naratif media antarabangsa. -Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan bahawa polis kini sedang menyiasat cubaan menjatuhkan kerajaan yang dipercayai berkait rapat dengan siasatan rasuah berskala besar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, pihak terbabit menggunakan pengaruh dalam dan luar negara untuk mempertikaikan sistem pentadbiran negara dan kedudukan kerajaan secara keseluruhan.
“Mereka menggunakan media antarabangsa untuk mempersoalkan tindakan kerajaan, terutamanya usaha SPRM,” kata Perdana Menteri ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Anwar menambah bahawa pihak berkenaan juga memanfaatkan hubungan antarabangsa untuk membentuk naratif negatif terhadap kewibawaan Malaysia dan merancang gerakan tertentu melalui Parlimen.
“Tindakan ini jelas membimbangkan kerana ia satu percubaan sistematik untuk melemahkan kredibiliti kerajaan,” ujarnya.
Beliau menjawab soalan daripada Datuk Shahidan Kassim (PN-Arau) yang ingin tahu status siasatan polis mengenai dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membiarkan siasatan polis dijalankan sepenuhnya mengikut undang-undang tanpa sebarang campur tangan politik.
“Semua tindakan diambil berasaskan fakta dan bukti, termasuk laporan SPRM mengenai siasatan rasuah berskala besar,” tegas beliau.
Katanya, kerajaan akan memastikan setiap langkah yang diambil dijalankan secara telus dan profesional bagi mengekalkan keyakinan rakyat.
“Kredibiliti sistem pentadbiran tidak boleh dipersoalkan, dan kerajaan akan pastikan proses siasatan dijalankan dengan penuh integriti,” tambahnya.
Beliau turut menekankan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sebarang cubaan menjatuhkan pentadbiran melalui tekanan luar atau naratif media antarabangsa.
“Kami komited memastikan pentadbiran negara terus stabil, kredibel dan bebas daripada gangguan, termasuk dari mana-mana pihak luar,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Cubaan jatuhkan kerajaan
#SPRM
#rasuah berskala besar
#Shahidan Kassim
#PDRM
#Seksyen 124B
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan