awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Heathrow alami peningkatan 10 peratus penumpang transit berikutan perang di Asia Barat
Rosmah kata ‘Can I say something?’ ketika bicara saman barang kemas
Empat lelaki ditahan cuba seleweng lebih 3,000 liter diesel bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cukai baharu hanya diperkenal selepas ekonomi pulih - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
24/11/2020
22:09 MYT
Cukai baharu hanya diperkenal selepas ekonomi pulih - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata selain meningkatkan hasil, kerajaan juga komited untuk mengurangkan paras hutang negara daripada 60 peratus dan mengembangkan sektor berimpak tinggi. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan hanya memperkenalkan sebarang cukai baharu apabila keadaan ekonomi telah pulih, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata selain memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerajaan turut meneliti pencukaian-pencukaian baharu yang bersesuaian.
Menurutnya, kajian mengenai cukai-cukai terbabit dilaksanakan oleh jawatankuasa khusus yang telah ditubuhkan pada akhir 2019.
"(Namun) buat masa ini negara dalam proses pemulihan ekonomi...saya rasa tidak sesuai untuk kita memperkenalkan cukai-cukai baharu.
"Mungkin Insya-Allah, apabila ekonomi telah pulih semula, kita dapat meneliti kajian yang dibuat sekarang dan lihat apakah cukai yang sesuai untuk diumumkan (dilaksanakan)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara Institut Strategik dan Integriti Terengganu (TSIS) bertajuk 'Belanjawan 2021: Belanjawan Survival COVID-19' yang disiarkan menerusi Facebook TV Darul Iman dan Kelantan TV, malam ini.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata selain meningkatkan hasil, kerajaan juga komited untuk mengurangkan paras hutang negara daripada 60 peratus dan mengembangkan sektor berimpak tinggi.
Menurutnya, kerajaan juga menyasarkan untuk mengurangkan ketirisan di dalam ekonomi bayangan yang kini sekitar 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
#cukai barang dan perkhidmatan
#GST
#cukai baharu
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan