awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UMNO buka pintu terima semula ahli, perkukuh parti
Richard Scully tegur tentang kejahilan perkara kecil
Pejabat hak asasi PBB kecam ancaman Israel terhadap Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
06:08 MYT
Cuti sekolah tambahan sempena Aidilfitri
Bagi negeri Kumpulan A, cuti penggal akan berlangsung selama sembilan hari bermula 20 hingga 28 Mac, manakala negeri Kumpulan B pula akan bercuti dari 21 hingga 29 Mac. - Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengisytiharkan cuti sekolah tambahan sehingga dua hari sempena perayaan Aidilfitri, bergantung kepada kumpulan negeri masing-masing.
Menurut Kalendar Akademik KPM 2026, negeri dalam Kumpulan A yang merangkumi Kedah, Kelantan dan Terengganu akan mula bercuti pada 19 Mac.
Bagi negeri Kumpulan B pula, pelajar akan menikmati cuti tambahan selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Mac.
Kumpulan ini melibatkan Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Dalam masa sama, cuti Aidilfitri tersebut turut disambung dengan cuti sekolah penggal pertama, sekali gus memberi peluang kepada pelajar menikmati tempoh rehat yang lebih panjang.
Bagi negeri Kumpulan A, cuti penggal akan berlangsung selama sembilan hari bermula 20 hingga 28 Mac, manakala negeri Kumpulan B pula akan bercuti dari 21 hingga 29 Mac.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#cuti sekolah
#cuti raya 2026
#cuti tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan