awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa Veveonah menipu: Majlis Senator gesa Zahidi dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Bernama
Bernama
09/09/2020
12:37 MYT
Dakwa Veveonah menipu: Majlis Senator gesa Zahidi dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
Raj Munni berkata walaupun Zahidi telah memohon maaf namun perkara itu telah mendatangkan kesan buruk dan negatif terhadap Veveonah.
Majlis Senator Malaysia hari ini menggesa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara.
Setiausaha Kehormat Majlis Senator Malaysia Raj Munni Sabu berkata ia bagi membolehkan siasatan dilakukan berhubung tindakannya yang didakwa memberikan jawapan tidak benar semasa persidangan Dewan Negara pada Khamis lepas berhubung manfaat program merapatkan jurang digital kerajaan di Sabah dan negeri lain.
"Beliau gagal fokus untuk memberikan jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Sebaliknya, memberikan tumpuan kepada contoh yang dikemukakan oleh Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang menceritakan tentang perihal kepayahan pelajar di pedalaman Sabah Veveonah Mosibin dalam mendapatkan capaian internet semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Zahidi telah menuduh Veveonah sebagai menipu apabila pelajar itu memaklumkan beliau terpaksa berada di atas pokok selama 24 jam untuk mendapatkan sambungan internet bagi menduduki peperiksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Raj Munni berkata walaupun Zahidi telah memohon maaf menerusi akaun Facebooknya, namun perkara itu telah mendatangkan kesan buruk dan negatif terhadap pelajar itu dan keluarganya serta menjadi mangsa buli siber ekoran kenyataan yang silap itu.
"Oleh itu timbalan menteri berkenaan perlu segera dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara bagi membolehkan jawatankuasa itu memutuskan sama ada benar dakwaan Zahidi yang mengatakan beliau mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#jawatankuasa
#Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara
#kerajaan
#mangsa
#menteri
#pelajar
#peperiksaan
#perintah kawalan pergerakan
#siasatan
#Veveonah Mosibin
#zahidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan