awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
01/11/2020
21:23 MYT
Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham berkata, Malaysia mencapai perakuan Liputan Kesihatan Universal pada 1990 menerusi peruntukan awam yang dibiayai cukai perkhidmatan rawatan kesihatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Artikel yang diterbitkan oleh jurnal saintifik laman web Nature, yang menyifatkan rawatan kesihatan negara sebagai 'serba kekurangan' adalah "pernyataan yang tidak tepat dan langsung tidak benar sama sekali", kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu artikel yang bertajuk 'The scientist-gardener who is harnessing tobacco's power to heal', yang memetik kenyataan seorang pakar imunulogi molekul berpangkalan di London, Audrey Teh, yang mengaku sebagai rakyat Malaysia, yang mendakwa Malaysia tidak mempunyai sistem rawatan kesihatan negara dan "banyak keluarga yang 'dimufliskan' oleh bil perubatan yang tinggi".
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia mencapai perakuan Liputan Kesihatan Universal (UCH-universal health coverage) pada tahun 1990 menerusi peruntukan awam yang dibiayai cukai perkhidmatan rawatan kesihatan.
Menurutnya Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.
Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata pelbagai perkhidmatan menyeluruh diliputi, termasuk promosi kesihatan, pencegahan penyakit, perawatan dan rawatan pemulihan.
"Semua penduduk di Malaysia boleh mendapat akses kepada semua perkhidmatan ini dengan bayaran yang minimum, manakala perkhidmatan bagi penduduk yang memerlukan seperti yang miskin, kurang upaya dan warga emas, disediakan secara percuma.
"Ini mewujudkan jaringan keselamatan yang kukuh, memastikan bahawa tiada sesiapa yang dinafikan akses kepada rawatan kesihatan yang diperlukan, tanpa mengira keupayaan untuk membayarnya," katanya.
Sumber Facebook DGHisham
Dr Noor Hisham berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga terus memperakui bahawa Malaysia menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang berkualiti berdasarkan kepada sistem rawatan kesihatan yang baik, dan tenaga kerja yang cukup terlatih.
"Dengan perkhidmatan kesihatan awam yang disubsidi, kerajaan mengutip bayaran pengguna yang amat minimum.
"Dalam pelbagai aspek, peruntukan rawatan kesihatan awam, yang secara praktikalnya adalah percuma buat semua, dan dari satu sudut adalah menyamai dengan Perkhidmatan Kesihatan United Kingdom," tambahnya.
Sumber Facebook DGHisham
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maklumat salah
#Noor Hisham Abdullah
#perkhidmatan kesihatan
#kesihatan awam
#Audrey Teh
#jurnal saintifik
#Laman web
#nature
#dakwaan tidak benar
#rawatan
#kesihatan
#subsidi
#bil perubatan
#artikel
#serba kekurangan
#Hospital
#klinik
#cukai perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan