awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban insiden tembakan di sekolah di selatan Turkiye meningkat kepada 9
Lelaki ditahan dera anak anjing di Shah Alam
Trump beri amaran tiada perjanjian jika Iran terus miliki senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan jatuhkan kerajaan: AGC mahu siasatan bebas, tindakan tanpa kira kedudukan

Bernama
Bernama
27/02/2026
10:25 MYT
Dakwaan jatuhkan kerajaan: AGC mahu siasatan bebas, tindakan tanpa kira kedudukan
AGC memaklumkan bahawa mana-mana pihak yang didapati terlibat, sekiranya ada, hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang. - Gambar fail/Bernama
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan bahawa siasatan berhubung dakwaan wujud cubaan menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara perlu dilaksanakan secara menyeluruh, profesional dan bebas daripada sebarang campur tangan.
Dalam kenyataan hari ini, AGC memaklumkan bahawa mana-mana pihak yang didapati terlibat, sekiranya ada, hendaklah dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang.
Menurut AGC, jabatan itu juga memandang serius isu berkenaan kerana sebarang tindakan atau perancangan berunsur menggugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara merupakan perkara yang menyentuh asas sistem demokrasi berparlimen serta prinsip kedaulatan undang-undang.
AGC turut menyatakan jabatan itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan proses perundangan sewajarnya dapat dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip kedaulatan undang-undang.
"Sebarang keputusan berhubung pendakwaan akan dibuat secara bebas dan objektif berdasarkan fakta, keterangan serta pertimbangan undang-undang," menurut kenyataan itu.
Pemakluman oleh AGC itu merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail hari ini berhubung siasatan yang dijalankan PDRM terhadap dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta mengganggu kestabilan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jatuhkan kerajaan
#Jabatan Peguam Negara (AGC)
#siasatan bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan