awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran mahu AS bertanggungjawab jika rundingan gagal, tolak dakwaan Israel bertindak sendirian
Pakistan usaha pertemukan AS, Iran secara bersemuka di Islamabad
Zii Jia sah sertai Piala Thomas 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan sabotaj negara: PDRM ambil keterangan tiga individu - KPN

Bernama
Bernama
06/03/2026
08:34 MYT
Dakwaan sabotaj negara: PDRM ambil keterangan tiga individu - KPN
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kesemua individu terbabit telah dikenal pasti bagi membantu kelancaran siasatan kes berkenaan. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan perbuatan sabotaj terhadap kestabilan negara.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kesemua individu terbabit telah dikenal pasti bagi membantu kelancaran siasatan kes berkenaan yang turut dikaitkan dengan penglibatan individu berpengaruh serta agensi media antarabangsa.
Beliau berkata pihak polis akan terus memanggil beberapa individu lain untuk dirakam percakapan berdasarkan maklumat baharu yang diperoleh dari semasa ke semasa.
"Sehingga ke hari ini, kita telah mengambil tiga kenyataan daripada individu yang berkaitan. Kita sedang menjalankan siasatan dan akan meneruskan tindakan mengambil kenyataan ini pada masa akan datang," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.
Mengenai sama ada keterangan individu berpengaruh yang merancang komplot tersebut telah dipanggil, Mohd Khalid berkata pihaknya belum merakamkan kenyataan individu berkenaan setakat ini.
Beliau berkata proses setakat ini memfokuskan kepada perakaman keterangan daripada pengadu yang membuat laporan polis serta beberapa pihak lain yang berkaitan.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa siasatan kes itu setakat ini tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan siasatan lain yang sedang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mohd Khalid berkata siasatan lanjut dan terperinci masih diperlukan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang kaitan atau campur tangan daripada pihak negara luar dalam kes tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPN
#sabotaj
#komplot
#jatuhkan negara
#Rakam keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan