awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/02/2025
02:45 MYT
Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha (kanan) berkata, unit integriti DBKL akan memanggil semua pihak berkaitan termasuk Afdlin bagi melengkapkan siasatan berkenaan.
PUTRAJAYA : Siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berhubung perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dijangka siap minggu depan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, unit integriti DBKL akan memanggil semua pihak berkaitan termasuk Afdlin bagi melengkapkan siasatan berkenaan.
“Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau.
“Tetapi kita dari sudut tata kelola jabatan khususnya dan agensi kena jalankan (siasatan) yang sepatutnya.
“Siasatan sedang dijalankan saya. Menunggu hasilnya, kalau (Afdlin) tidak bersalah, tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita, di sini, pada Sabtu.
Beliau ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka Pertanian Bandar dan Kelulut Putrajaya (HTPBKP) 2025 yang berlangsung selama dua hari sehingga esok.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana isu salah laku dan tata kelola.
Justeru, beliau telah meminta tindakan segera dilaksanakan oleh DBKL berhubung salah laku itu.
“Kita di Wilayah Persekutuan, kita perkenal satu budaya kerja harmoni iaitu integriti.
“Ia bermaksud tata kelola yang baik dan elak rasuah supya akhirnya perkhidmatan dapat diberikan yang terbaik,” tambah Dr Zaliha.
Sebelum ini, media melaporkan DBKL melancarkan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif dilapor mengesahkan siasatan itu dan sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL.
Dakwaan salah laku membabitkan ahli lembaga penasihat itu mula tular di media sosial, sejak Jumaat. Ia membabitkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL bernilai RM4 juta, yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.
Dalam kenyataan susulan di media sosial, Afdlin menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL.
Dakwa Afdlin, isu berkenaan sengaja dimainkan untuk memburukkan namanya.
Topic Berkaitan
#dakwaan salah laku
#Afdlin Shauki
#projek dbkl
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan