awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan tawar RM10 juta, Mohamad Shafiq mohon maaf kepada SPRM

Sinar Harian
Sinar Harian
21/02/2023
22:00 MYT
Dakwaan tawar RM10 juta, Mohamad Shafiq mohon maaf kepada SPRM
Azam menegaskan SPRM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamad Shafiq susulan dakwaan yang disifatkan liar dan tidak bertanggungjawab. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Pemerhati politik, Mohamad Shafiq Abdul Halim tampil memohon maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan terhadap suruhanjaya itu yang kononnya menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Mohamad Shafiq menjelaskan, beliau tidak berniat menuduh mana-mana pihak dan menyifatkannya sebagai 'terlepas cakap' berhubung khabar angin di mahkamah.
"Saya memohon maaf kepada pihak SPRM kerana provokasi politik yang mencetuskan perbalahan dan saya terlepas cakap berkaitan rumors di mahkamah yang kononnya pihak SPRM menawarkan sejumlah wang RM10 juta untuk Datuk Wan Saiful Wan Jan mengubah kenyataannya.
"Saya tidak berniat menuduh mana-mana pihak termasuk Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) di mana video tersebut telah dipotong oleh cybertroopers Pakatan Harapan (PH) dan disebarkan seolah-olah saya hanya menyebut SPRM menawarkan RM10 juta kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya pada Selasa.
Mohamad Shafiq berkata, siaran langsung di TikTok pada petang tadi (Selasa) adalah reaksi kepada fitnah jahat yang dibuat oleh cybertroopers PH.
Katanya, selepas diprovokasi dalam video itu pada ruangan komen, beliau mengatakan ada rumors di mahkamah yang mengatakan pihak SPRM menawarkan RM10 juta untuk Wan Saiful menukarkan kenyataan untuk menganiayai Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Pihak wartawan telah menghubungi saya dan saya telah menjelaskan ia adalah perang mulut di media sosial.
"Saya turut menyatakan ia adalah rumours dan saya akan mendapatkan kepastian daripada Datuk Wan Saiful," ujarnya.
Sebelum itu, Azam menegaskan SPRM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamad Shafiq susulan dakwaan yang disifatkan liar dan tidak bertanggungjawab.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Shafiq Abdul Halim
#mohon maaf
#SPRM
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan