awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah tetapkan 6 Mei laporan bedah siasat, toksikologi Suri Narudin
PU Amin, PU Rahmat, Imam Asyraf bawa 30 kontena bantuan ke Rafah - 'Kami akan berkorban untukmu al-Aqsa'
Ardell, Haroqs, Heliza, Hazwani, ZRA kembali galas misi ke Gaza - 'Selamat pecahkan kepungan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana zakat: SPRM panggil TKM1 Pulau Pinang sekali lagi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
03/03/2026
02:53 MYT
Dana zakat: SPRM panggil TKM1 Pulau Pinang sekali lagi
Kenderaan yang membawa Mohamad tiba di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town jam 9.10 pagi. - Gambar Astro AWANI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang memanggil sekali lagi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid untuk dirakam keterangan hari ini.
Keterangan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang itu perlu bagi melengkapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana zakat yang dikaitkan dengannya.
Terdahulu, beliau hadir ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah jam 9.10 pagi menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih .
Beliau dipercayai masuk ke bangunan SPRM dengan menggunakan pintu bahagian belakang.
Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung berusia 51 tahun itu hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM hampir tujuh jam.
Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang menyiasat kemungkinan berlakunya salah guna kuasa oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung pembelian tanah menggunakan dana zakat.
Siasatan itu dimulakan selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang membangkitkan isu berkenaan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada penghujung tahun lalu.
Siasatan bertujuan mengesahkan perkara itu serta menentukan sama ada wujud unsur salah laku atau isu berkaitan tadbir urus seperti dakwaan.
Pada Isnin, SPRM Pulau Pinang telah memanggil 63 individu untuk dirakam keterangan berhubung salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah dan juga menyalahgunakan dana wang zakat untuk bayaran baki pinjaman perumahan.
Menurut sumber, kesemua individu tersebut telah dipanggil dan pada masa yang sama SPRM turut mempergiatkan siasatan yang dimulakan pertengahan Januari lalu dengan membuat semakan akaun disyaki terbabit rasuah.
Katanya, antara individu yang dipanggil untuk dirakam keterangan ialah Ahli Majlis Agama Islam Negeri, Mufti, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, Penasihat undang-undang, pegawai serta kakitangan Ahli Majlis Agama Islam Negeri.
Pada masa yang sama SPRM Pulau Pinang turut memanggil Ahli Lembaga Zakat, serta pegawai dan kakitangan zakat negeri serta Timbalan Ketua Menteri.
Topic Berkaitan
#dana zakat
#Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
#SPRM
#ADUN Batu Maung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan