awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL laksana sistem bayaran letak kenderaan Touch 'n Go di CDB

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
20/06/2020
15:30 MYT
DBKL laksana sistem bayaran letak kenderaan Touch 'n Go di CDB
NOR HISHAM: DBKL tidak akan mengenakan sebarang caj tempat letak kereta bermula hari ini hingga 5 Julai ini. - Gambar fail
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan operasi sistem letak kenderaan tanpa tunai (Touch n Go) di pusat perniagaan utama (CBD) iaitu di Menara PT80 dan Pusat Perdagangan Lorong Bunus, di sini yang akan bermula pada 6 Julai ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, langkah itu bagi mengurangkan kadar kenderaan di tempat letak kenderaan sekitar kawasan berkenaan termasuk di Jalan Masjid India.
Menurut beliau, sebanyak 300 lot tempat letak kenderaan disediakan DBKL di Menara PT80.
“Perkara ini telah dibincangkan dengan persatuan peniaga-peniaga Jalan Masjid India semalam (Jumaat).
“Mulai 6 Julai nanti, kadar bayaran akan menggunakan sistem bayaran tanpa tunai dan dikenakan mengikut kadar tertentu iaitu sebanyak RM3 bagi sejam pertama dan RM1 bagi jam berikutnya sehingga maksimum sehari sebanyak RM15,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Sabtu.
Sehubungan itu, Nor Hisham berkata, DBKL tidak akan mengenakan sebarang caj tempat letak kereta bermula hari ini hingga 5 Julai ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Bandar
#DBKL
#Kuala Lumpur
#Nor Hisham Ahmad Dahlan
#parkir
#pusat perniagaan utama
#sistem letak kenderaan tanpa tunai
#Touch n Go
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan