awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga global: Kerajaan komited cari penyelesaian hadapi tekanan - Zahid
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL pasang CCTV di tempat letak kereta Taman Persekutuan Bukit Kiara

Bernama
Bernama
27/02/2026
02:35 MYT
DBKL pasang CCTV di tempat letak kereta Taman Persekutuan Bukit Kiara
Kerja pemasangan CCTV akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu dan dijangka siap pada awal bulan Mac. - Foto Facebook/Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan kerja pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di tempat letak kereta Taman Persekutuan Bukit Kiara susulan kejadian pecah kenderaan yang dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Menurut kenyataan DBKL hari ini, kerja pemasangan CCTV itu akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu dan dijangka siap pada awal Mac ini.
“DBKL mengambil maklum hantaran Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, berhubung kejadian pecah kenderaan di kawasan tempat letak kereta Taman Persekutuan Bukit Kiara serta cadangan pemasangan CCTV di lokasi berkenaan.
“DBKL memandang serius insiden tersebut dan kebimbangan disuarakan orang awam. Keselamatan warga kota serta pengunjung taman sentiasa menjadi keutamaan kami dalam memastikan persekitaran awam yang selamat dan kondusif,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, polis dilaporkan sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kes pecah cermin kereta milik Teresa Kok di kawasan parkir Taman Persekutuan Bukit Kiara di sini pada 22 Feb lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Ahmad Firdaus Mustaffa Kamal berkata kejadian dipercayai berlaku antara 6.15 petang hingga 7 malam ketika Ahli Parlimen itu sedang melakukan aktiviti senaman di taman rekreasi berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#CCTV
#Taman Persekutuan Bukit Kiara
#Teresa Kok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan