awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deejay mabuk 'naik angin' ditegur

Hakim Rahman
Hakim Rahman
24/02/2018
15:11 MYT
Deejay mabuk 'naik angin' ditegur
Polis turut memaklumkan pihaknya mempunyai rakaman CCTV di plaza tol yang menunjukkan tingkah laku suspek. - Gambar hiasan
Seorang deejay di sebuah hotel terkemuka mengamuk selepas ditegur kerana tindakan melanggar kon di Plaza Tol Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pagi tadi.
Dalam kejadian 8 pagi tadi, deejay berusia 23 tahun itu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga melanggar kon laluan masuk ke lorong tol.
ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, tindakan deejay berkenaan kemudiannya ditegur pengawal keselamatan.
"Akibat teguran itu, suspek kemudian keluar dari kereta dan bertindak menyerang serta menampar pengawal keselamatan berusia 25 tahun itu.
"Malah, suspek turut dikatakan mengugut untuk mencederakan pengawal keselamatan yang menegurnya," katannya dalam kenyataan.
Susulan itu, polis peronda lebuh raya dengan kerjasama polis bantuan Lingkaran Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (LITRAK) berjaya mengesan dan menahan suspek.
Suspek dijangka direman esok kerana kesalahan mendatangkan kecederaaan.
Topic Berkaitan
#kereta
#keselamatan
#mabuk
#polis
#suspek
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan