awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat tercemar dengan kata-kata kesat, semalam 'p******k', 'kepala bapak', hari ini 'f*** y*u'

Firdaus Azil
Firdaus Azil
07/08/2018
06:17 MYT
Dewan Rakyat tercemar dengan kata-kata kesat, semalam 'p******k', 'kepala bapak', hari ini 'f*** y*u'
Dewan Rakyat terus dicemari dengan kata-kata kesat - Gambar fail
Persidangan Dewan Rakyat hari ini terus dicemari dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan lucah ‘F*** Y**’ ketika Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua.
Pertelingkahan bermula apabila Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah ucapan perbahasan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN-Rembau) mengenai harga barang dan perkhidmatan sekiranya Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan diperkenalkan semula. 
 Bagaimanapun sewaktu beliau menjelaskan lawatan beliau ke Pasar Borong Selayang untuk melihat harga barangan, Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) dengan sinis menyoal – “bukan kasino ka Kinabatangan?”. 
 Gangguan itu mengakibatkan Bung gagal menahan kemarahan dan melontarkan kata-kata kesat, serta menunjukkan kesediaan untuk bertumbuk.

 “Apa ini, biadab, ini kurang ajar. Ini biadab ni yang Dipertua. Memang kurang ajar. YB tak layak duduk di sini. Samseng. What do you want? You nak gaduh dengan saya? F**k y*u. Kau yang mabuk malam-malam,” jeritnya, mengakibatkan beberapa ahli Parlimen meminta Timbalan Speaker, Datuk Mohamad Rashid Hasnon mengeluarkan Bung Mokhtar dari dewan. 
 Dalam pada itu, Datuk Seri Ronald Kiandee bangun menjelaskan bahawa Mongin telah menyalahi peraturan mesyuarat 36 (9), iaitu tidak boleh disebut kelakuan atau sifat seorang ahli Parlimen sewaktu perbahasan berlangsung. 
 Bagaimanapun, Mohamad Rashid tidak membuat sebarang keputusan atau ruling, sebaliknya menangguhkan mesyuarat kerana masa rehat.
Topic Berkaitan
#Bung Mokhtar Radin
#cukai
#Dewan Rakyat
#Khairy Jamaluddin
#Mohamad Rashid Haron
#Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018
#Ronald Kiandee
#Willie Mongin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan