awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK semak semula hak kemasukan Kanye West susulan bantahan festival
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Dia baru buat 'surprise' minggu lepas, kali ni dia sudah tiada"

Arfa Yunus
Arfa Yunus
04/10/2018
03:37 MYT
"Dia baru buat 'surprise' minggu lepas, kali ni dia sudah tiada"
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Raja Jumaat. - Astro AWANI/Arfa Yunus
"Hari penamaan Sabtu lepas Adnan balik buat surprise untuk pakcik dengan makcik."
Itu luahan bapa kepada anggota bomba, Adnan Othman, 33 tahun yang lemas bersama lima anggota bomba lain malam tadi.
Kata Othman Surati, kali terakhir beliau berjumpa dengan anak keduanya itu adalah pada 29 September lalu, iaitu pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.
"Dia (Adnan) sampai di sini pukul 7 malam sebab buat surprise untuk ulang tahun perkahwinan ke-43 tahun pakcik dengan makcik.
"Dia beli kek untuk kami. Pukul 9 malam, dia balik semula ke Shah Alam. Itu kali terakhir dapat jumpa Adnan," katanya kepada wartawan di kediamannya di Lukut, hari ini.
LAPOR LANGSUNG: #BombaHeroKami
Adnan, bersama lima anggota bomba lain lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Lombong Taman Putra Perdana berhampiran Perumahan Lokatish, Selangor malam tadi.
Selepas jenazah tiba di rumah keluarganya, solat jenazah akan diadakan selepas solat Zohor di Masjid Lukut, di sini dan kemudiannya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Raja Jumaat.
BACA: Penghormatan terakhir buat anggota bomba lemas
Sementara itu, dua calon Bebas PRK Port Dickson, Tan Sri Isa Samad dan Saiful Bukhari Azlan turut menziarahi keluarga Adnan di sini.
Menurut Isa, beliau mengenali Othman kerana bersama-sama dalam UMNO sejak dahulu.
"Kami kawan lama. Dulu dalam UMNO sama-sama," katanya.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Saiful pula berkata beliau akan menderma sebahagian daripada wang kutipan dermanya kepada keluarga Adnan.
Calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan tiba di sini pada jam 12:30 tengah hari.
Topic Berkaitan
#Adnan Othman
#bomba
#BombaHeroKami
#lemas
#Othman Surati
#SAR
#surprise
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan