awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka babi hutan, pemburu maut ditembak

Bernama
Bernama
02/09/2021
12:12 MYT
Disangka babi hutan, pemburu maut ditembak
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan paha kiri akibat terkena tembakan oleh rakannya berusia 45 tahun. - Gambar hiasan
KAPIT: Seorang lelaki maut apabila terkena tembakan yang dilepaskan rakan sendiri semasa aktiviti memburu di kawasan hutan Sungai Tanyit, Merit, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Jembu Selukai, 36, dari Rumah Kilau, Sungai Melilau, di sini, mengalami kecederaan parah di bahagian perut dan paha kiri akibat terkena tembakan oleh rakannya berusia 45 tahun.
Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian dalam kenyataan hari ini berkata suspek telah menyerah diri di Balai Polis Kapit pagi tadi bersama dengan selaras senapang patah disyaki 'bakakok' (buatan sendiri).
Katanya, mangsa meninggal dunia ketika dibawa balik ke kem tempat mereka bekerja.
Menurutnya, siasatan mendapati mangsa bersama suspek telah pergi ke hutan tersebut untuk berburu manakala dua lagi rakan mereka pergi menjala ikan di sungai berhampiran.
Beliau berkata suspek dikatakan telah melihat satu bayangan yang disangkakan babi hutan dan melepaskan tembakan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan Seksen 8(1) Akta Senjata Api 1960.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#babi hutan
#pemburu
#maut ditembak
#Kapit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan