awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesihatan Norish Karman merosot, keluarga mohon doa
Tapak pelupusan Kayu Madang hampir penuh, DBKK perhebat pengasingan sisa dari punca
Perbincangan berterusan CAAM, MAHB demi kelangsungan industri penerbangan - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disney tarik diri daripada pelaburan AS$1 bilion selepas OpenAI hentikan Sora

Astro AWANI
Astro AWANI
25/03/2026
04:39 MYT
Disney tarik diri daripada pelaburan AS$1 bilion selepas OpenAI hentikan Sora
Penamatan perkhidmatan Sora secara tiba-tiba telah meranapkan rancangan integrasi teknologi berkenaan dalam ekosistem kandungan Disney. -Foto Amanz
Gergasi hiburan global, Disney, dilapor telah membatalkan pelaburan bernilai AS$1 bilion (kira-kira MYR 2.76 bilion) dalam OpenAI susulan keputusan mengejut firma kecerdasan buatan (AI) itu untuk menghentikan operasi model penjanaan video, Sora, berkuat kuasa hari ini.
Pelaburan yang diumumkan pada Disember tahun lalu itu pada asalnya bertujuan sebagai sebahagian daripada penyelesaian isu pelanggaran hak cipta, selain membolehkan pelesenan watak-watak ikonik Disney untuk dijana secara rasmi melalui platform tersebut, lapor Amanz.
Bagaimanapun, penamatan perkhidmatan Sora secara tiba-tiba telah meranapkan rancangan integrasi teknologi berkenaan dalam ekosistem kandungan Disney.
Walaupun Sora mencetuskan fenomena global dengan jumlah pengguna yang tinggi, OpenAI dilaporkan gagal menukar populariti tersebut kepada pendapatan langganan yang mampan.
Firma itu dikatakan menanggung kerugian operasi sehingga AS$15 juta sehari akibat kos pemprosesan video yang dijana secara percuma, menjadikan Sora produk pertama yang dihentikan oleh OpenAI atas faktor kewangan.
Keputusan ini juga dipengaruhi oleh tekanan ekonomi global kesan konflik di Asia Barat serta keperluan OpenAI untuk mengalihkan dana besar bagi pembinaan pusat data baharu.
Laporan industri minggu ini menunjukkan OpenAI kini akan menumpukan sepenuhnya kepada segmen pelanggan perusahaan dan aplikasi produktiviti bagi memastikan kelangsungan aliran tunai syarikat.
Topic Berkaitan
#Disney
#OpenAI
#Sora
#pelaburan AS$1 bilion
#video AI
#hak cipta
#industri hiburan
#teknologi AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan