awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disyaki seleweng RM100,000, bekas penyelaras DUN Lendu direman enam hari

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/10/2021
04:31 MYT
Disyaki seleweng RM100,000, bekas penyelaras DUN Lendu direman enam hari
Suspek disyaki membuat tuntutan yang mempunyai butir matan palsu berkaitan program-program yang dilaksanakan di kawasan DUN Lendu. - Gambar Astro AWANI
AYER KEROH: Bekas penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu direman enam hari bermula hari ini selepas dipercayai membuat tuntutan palsu bernilai hampir RM 100,000, dua tahun lalu.
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Azureen Sahira Sauffee Afandi mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap jingga SPRM dibawa ke Kompleks Mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi sebelum dibawa keluar tiga jam kemudian dengan diiringi pegawai dan anggota SPRM.
Difahamkan, suspek yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) ditahan selepas disyaki membuat tuntutan yang mempunyai butir matan palsu berkaitan program-program yang dilaksanakan di kawasan DUN Lendu.
Suspek dipercayai mengemukakan kertas kerja kepada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Alor Gajah berjumlah RM97,868 sedangkan kesemua lapan program tersebut tidak dilaksanakan.
Kesalahan-kesalahan itu dilakukan antara bulan Mac 2019 hingga Februari 2020 sebelum pentadbiran kerajaan negeri bertukar kepada pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda lima kali butir matan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Sementara itu, Pengarah SPRM negeri Mohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan suspek dan memaklumkan, siasatan lanjut sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#Bekas penyelaras DUN Lendu
#disyaki seleweng
#Pusat Khidmat Masyarakat
#DUN Lendu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan