awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doktor dari Semenanjung boleh mohon permit kerja 5 tahun di Sarawak - Abang Jo

Bernama
Bernama
27/10/2022
20:00 MYT
Doktor dari Semenanjung boleh mohon permit kerja 5 tahun di Sarawak - Abang Jo
Abang Johari berkata pengeluaran permit kerja jangka panjang merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai tenaga kerja. -Astro AWANI
KUCHING: Golongan doktor dari Semenanjung Malaysia yang bertugas di pusat perubatan swasta di Sarawak boleh memohon permit kerja tempoh lima secara terus daripada kerajaan negeri tanpa perlu lagi memperbaharui permit kerja setiap tahun.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata pengeluaran permit kerja jangka panjang merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menarik lebih ramai tenaga kerja berkemahiran menyumbang kepakaran dalam pembangunan dan pertumbuhan ekononi negeri itu.
"Permit kerja untuk tempoh lima tahun meliputi golongan profesional dari luar yang bertugas di Sarawak dalam semua sektor ekonomi daripada sektor perindustrian hingga perkhidmatan termasuk sektor perubatan.
"Anda tidak perlu memperbaharui permit kerja setiap tahun.
"Kita memberi kelonggaran ini supaya ahli profesional boleh bekerja dan tingga lebih lama di Sarawak.
"Kita boleh melaksanakan peraturan ini kerana soal imigresen adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri," katanya ketika berucap pada majlis jamuan malam Persatuan Hospital Swata Malaysia, di sini, pada Khamis. Dalam pada itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan menyemak semula keputusan hanya membenarkan visa 14 hari kepada pelancong perubatan yang datang ke Sarawak. "Kita benarkan orang datang ke Sarawak dan kebiasaanya kita beri visa untuk tempoh tiga bulan. Saya tidak tahu mengapa hanya 14 hari untuk pelancong perubatan. Saya akan memmperbetulkannya terutama kepada mereka yang datang dari luar khusus untuk mendapatkan rawatan perubatan," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Doktor
#Semenanjung
#permit lima tahun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan