awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dokumen palsu: Ahli Lembaga Pengarah syarikat nasi kandar direman

Sinar Harian
Sinar Harian
18/10/2023
07:38 MYT
Dokumen palsu: Ahli Lembaga Pengarah syarikat nasi kandar direman
Suspek dipercayai bersubahat dengan seorang pegawai Jabatan Imigresen Pulau Pinang bagi proses penghantaran pulang seorang pekerja asing pada Disember tahun lalu. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Seorang Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat nasi kandar direman tiga hari selepas disyaki bersubahat dalam mengemukakan dokumen palsu bagi program penggajian dan penempatan semula pekerja warga asing.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas permohonan dikemukakan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), R Yeohgeswarajen di Mahkamah Majistret di sini.
Lelaki berusia 43 tahun itu tiba di mahkamah dalam keadaan kedua-dua tangan bergari sambil diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), kira-kira jam 8.56 pagi.
Menurut sumber, suspek dikatakan bersubahat dengan seorang pegawai Jabatan Imigresen Pulau Pinang bagi proses penghantaran pulang seorang pekerja asing pada Disember tahun lalu.
Berikutan itu, kedua-dua individu berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan di negeri ini pada Selasa.
"Pegawai imigresen berusia 32 tahun itu dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya dirakam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dokumen palsu
#syarikat nasi kandar
#pulau pinang
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan