awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir bertemu Rouhani, Maithripala

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
26/09/2018
15:38 MYT
Dr Mahathir bertemu Rouhani, Maithripala
Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan lawatan kerja lima hari di sini dengan menghadiri dua mesyuarat dua hala. - Gambar fail/BERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan lawatan kerja lima hari di sini dengan menghadiri dua mesyuarat dua hala.
Mesyuarat dua hala pertama melibatkan Presiden Iran, Hassan Rouhani serta delegasi berlangsung kira-kira 30 minit.
Sejurus itu, berlangsung pula mesyuarat dua hala Dr Mahathir bersama Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena serta delegasi masing-masing, juga selama 30 minit.
Delegasi Malaysia diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Ramlan Ibrahim dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram.
Media dimaklumkan pertemuan tersebut bagi membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepetingan bersama bagi kedua-dua buah negara.
Ia termasuk dari segi ekonomi, politik, perdagangan serta keselamatan bukan sahaja melibatkan serantau malah di peringkat global.
Sejurus selepas itu, Dr Mahathir menghadiri mesyuarat bersama Ahli Majlis Hubungan Luar Amerika Syarikat sebelum menjadi panel pada Forum Perniagaan Tahunan Kedua Bloomberg Global.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Maithripala Sirisena
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Pertubuhan Bangsa Bersatu
#Presiden Iran
#Presiden Sri Lanka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan