awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir ucapkan tahniah kepada chef pastri Malaysia

Bernama
Bernama
03/02/2019
07:51 MYT
Dr Mahathir ucapkan tahniah kepada  chef pastri Malaysia
Piala Pastri Dunia itu merupakan acara antarabangsa yang diadakan setiap dua tahun sekali di Lyon, Perancis. - FB Coupe du Monde de la P"tisserie
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah kepada satu pasukan chef pastri Malaysia yang telah dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Pastri 2019 atau Coupe du Monde de la Patisserie di Lyon, Perancis.
"Tahniah #TeamMalaysia. Rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian ini. Malaysia Boleh !, "Dr Mahathir menjawab Twitter Sunway University, hari ini.
Pasukan Malaysia yang terdiri daripada Ketua Chef School of Hospitality, Universiti Sunway, Patrick Siau dan peserta Tan Wei Loon, Otto Tay dan Loi Ming Ai. Mereka mengalahkan 20 pasukan lain termasuk dari Jepun dan Itali dalam pertandingan akhir pada 28 Jan.
BACA: Chef pastri Malaysia juara dunia
Congratulations #TeamMalaysia. Malaysians are proud with this achievement. Malaysia Boleh!
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) February 3, 2019
Media tempatan melaporkan, pasukan itu ditugaskan menghasilkan tiga pencuci mulut coklat dengan crab gran Valrhona, tiga pencuci mulut pelbagai buah-buahan sejuk beku Ravifruit, 15 pencuci mulut yang sama di atas pinggan, dan ciptaan seni yang diperbuat daripada gula, coklat dan ais hidrik yang diukir.
Piala Pastri Dunia itu merupakan acara antarabangsa yang diadakan setiap dua tahun sekali di Lyon, Perancis.
Ia diadakan untuk mengiktiraf bakat pastri muda yang terbaik dari seluruh dunia, dengan proses pemilihan yang melibatkan lebih daripada 50 pusingan kebangsaan dan empat acara pemilihan dari benua Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#Piala Dunia
#rakyat Malaysia
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan