awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Zaliha mahu tangani isu legasi di ibu negara

Bernama
Bernama
01/01/2024
12:01 MYT
Dr Zaliha mahu tangani isu legasi di ibu negara
Dr Zaliha menyatakan beliau hari ini meninjau kawasan sekitar Kuala Lumpur bagi memahami sendiri isu-isu dan permasalahan setempat yang boleh ditambah baik dan diselesaikan. - Gambar FB Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata beliau akan berusaha untuk menangani isu-isu legasi dan meningkatkan kualiti kehidupan warga kota.
Beliau berkata ia antaranya melibatkan isu kebersihan dan keselamatan di sekitar Masjid Jamek dan kawasan River of Life, isu gelandangan serta pendatang tanpa izin di Jalan Silang dan beberapa jalan utama di ibu negara.
Dr Zaliha menerusi catatan di Facebooknya menyatakan beliau hari ini meninjau kawasan sekitar Kuala Lumpur bagi memahami sendiri isu-isu dan permasalahan setempat yang boleh ditambah baik dan diselesaikan.
Katanya beliau juga mengambil kesempatan mendengar sendiri pandangan dan keluhan para peniaga di sekitar Kuala Lumpur.
"Insya-Allah, kita akan bersama-sama berganding bahu bagi meningkatkan kualiti kehidupan warga Kuala Lumpur dan menangani isu-isu legasi yang perlu dinoktahkan segera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#warga Kuala Lumpur
#kualiti kehidupan
#permasalahan setempat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan