awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Draf RUU Akta Pembiayaan Dana Politik sudah siap - Wan Junaidi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
07/10/2021
10:22 MYT
Draf RUU Akta Pembiayaan Dana Politik sudah siap - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, perbincangan telah dilakukan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyediakan draf Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pembiayaan Dana Politik, dan ketika ini ke arah peringkat libat urus dengan pemegang taruh.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perbincangan telah dilakukan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara sebanyak dua kali berhubung usaha untuk melaksanakan RUU berkenaan.
Jelas beliau, undang-undang yang bakal dibuat perlu lebih komprehensif, menyeluruh serta memenuhi citarasa semua pihak di negara ini.
"Tetapi pada masa sekarang draf sudah siap, tetapi belum lagi dibuat libat urus dengan semua pemegang taruh.
"Ini kerana libat urus ini perlu, implikasinya banyak... Saya juga sebagai pengkaji dana politik ini pada 2001, masa saya buat DBA (Doktor Pentadbiran Perniagaan). Ia salah satu tugasan saya untuk mengkaji dana politik di Amerika Syarikat (AS).
"Banyak kelemahan yang didapati dalam undang-undang politik AS, di mana orang kaya boleh menggunakan duitnya sendiri, tidak dipersoalkan. Tetapi yang kurang berkemampuan mendapat derma daripada pihak swasta itu yang dikawal selia. Maknanya, politik hanya untuk orang kaya, bukan lagi untuk yang sederhana berkemampuan yang minat bermain politik.
"Jadi kita nak lihat undang-undang yang kita buat ini lebih komprehensif, baik dan menyeluruh serta boleh memenuhi citarasa semua pihak di negara kita," katanya pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab celahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) yang mahu tahu bilakah akta tersebut boleh dibentangkan, kerana jika ia tidak diselesaikan kemungkinan wujud masalah baharu khususnya apabila Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan sebelum ia dibentangkan.
Katanya lagi, penglibatan dan pandangan pihak berkepentingan penting bagi memastikan mekanisme pelaksanaan yang berkesan, selain memfokuskan kepada aspek kawal seliaan sumbangan politik dengan prinsip keterbukaan dan akauntabiliti.
Jika draf RUU itu bersesuaian selepas mengambil kira pandangan pemegang taruh, beliau berkata ia akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) dan tertakluk kepada dasar kerajaan semasa.
Ketika ini, Wan Junaidi berkata laporan semakan semula Pelan Antirasuah Nasional (NACP) untuk mengkaji penggubalan RUU tersebut memberi tempoh masa mulai Januari 2021 hingga Disember 2021.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#RUU Akta Dana Politik
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan