awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota TLDM maut dalam kemalangan di Cameron Highlands

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
02/04/2016
00:20 MYT
Dua anggota TLDM maut dalam kemalangan di Cameron Highlands
Kemalangan berlaku melibatkan kenderaan jenis Viva dan Hilux yang berlanggar. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 44, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini pada petang Jumaat.
Dalam kejadian sekitar 6.30 petang itu, mangsa, Mohd Shukri Mohammad, 26 dan Norkhaliza Mohd Yusoff, 23, yang merupakan anggota dari Markas Tentera Laut yang bertugas di Kuala Lumpur maut di tempat kejadian.
Ketua Pegawai Operasi dan Menyelamat Simpang Pulai, Pegawai Bomba Kanan Ali Hiari memaklumkan pemandu pacuan empat roda yang dipandu Lai Hooi Siong, 26, hanya mengalami kecederaan ringan.
"Kemalangan berlaku melibatkan kenderaan jenis Viva dan Hilux yang berlanggar namun tiada mangsa tersepit.
"Setibanya kami di tempat kejadian kami mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam," katanya ketika dihubungi ASTRO AWANI.
Mohd Shukri Mohammad, 26,  dan Norkhaliza Mohd Yusoff, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa Mohd Shukri Mohammad, 26, dan Norkhaliza Mohd Yusoff, 23, meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Ali berkata mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah akibat impak rempuhan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, kesemua mangsa kemudiaannya telah diserahkan kepada pihak hospital bagi tindakan lanjut.
Operasi terbabit tamat sepenuhnya sekitar 10.05 malam.
Topic Berkaitan
#anggota TUDM
#bomba dan penyelamat
#Cameron Highlands
#kemalangan
#Siampang Pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan