awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik bakar kampung ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/09/2019
12:06 MYT
Dua beradik bakar kampung ditahan
Wakil TNB yang hadir untuk menutup akaun di kawasan tujuh rumah yang terbakar. - Foto Sinar Harian
Dua beradik lelaki berusia 11 dan 10 tahun ditahan bagi membantu siasatan siri kebakaran yang berlaku di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat sejak Jun lalu.
Tangkapan ke atas dua kanak-kanak itu dibuat pada jam 12 tengah hari semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, penahanan dilakukan susulan laporan penduduk termasuk kes kebakaran sebuah rumah di hadapan kediaman keluarga mereka.
“Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan.
“Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Semalam, tular kanak-kanak terbabit yang dikatakan sengaja membakar rumah berikutan seronok melihat anggota bomba yang datang memadam kebakaran rumah di kampung itu.
Mohd Razi berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan dan belum ada pengakuan direkodkan daripada kanak-kanak terbabit.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api,” katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan 11 rumah dan satu kedai di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat sejak Jun lalu terbakar.
Kebakaran turut melibatkan sebuah rumah kedai diikuti tiga unit rumah sewa beberapa hari sebelum Aidiladha baru-baru ini.
Kejadian ketiga membabitkan tujuh rumah di kampung sama pada 28 Ogos lalu.
Kelmarin kejadian keempat membabitkan rumah kanak-kanak itu sendiri terbakar di kampung sama.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#API
#bakar kampung
#bomba
#Kampung Padang Pohon Tanjong
#Kanak-kanak
#kebakaran
#siasatan
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan