awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik ditemui maut sebelum majlis perkahwinan, disyaki akibat keracunan

Astro AWANI
Astro AWANI
22/02/2026
08:00 MYT
Dua beradik ditemui maut sebelum majlis perkahwinan, disyaki akibat keracunan
Siasatan awal polis Sursagar tidak menolak kemungkinan kematian mangsa akibat makan bahan beracun, namun punca sebenar hanya akan diketahui selepas laporan bedah siasat diperoleh. -Gambar hiasan
Kegembiraan sebuah keluarga di India bertukar menjadi tragedi memilukan apabila dua beradik perempuan ditemui maut hanya beberapa jam sebelum majlis perkahwinan mereka dijadualkan berlangsung semalam.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Shobha, 25, dan adiknya Vimla, 23, merupakan guru di sebuah sekolah swasta dan dijadualkan untuk melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis berkembar pada Sabtu.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Tambahan (ADCP) Barat, Roshan Meena, upacara praperkahwinan tradisional Bindauli diadakan sehingga lewat malam Jumaat sebelum kedua-dua bakal pengantin masuk tidur sekitar tengah malam.
"Bagaimanapun, sekitar jam 4 pagi, tahap kesihatan kedua-dua mangsa tiba-tiba merosot dengan mendadak.
"Ahli keluarga segera membawa mereka ke sebuah hospital swasta di Jodhpur, namun doktor mengesahkan mereka telah meninggal dunia sebaik tiba," katanya menurut laporan Hindustan Times.
Siasatan awal polis Sursagar tidak menolak kemungkinan kematian akibat makan bahan beracun, namun punca sebenar hanya akan diketahui selepas laporan bedah siasat diperoleh.
Polis menemukan sebarang nota bunuh diri di lokasi kejadian.
Polis juga terpaksa campur tangan menghentikan persiapan upacara pengebumian yang cuba dilakukan keluarga mangsa tanpa proses bedah siasat.
Sementara itu, ahli keluarga dalam laporan India Today mendakwa terdapat tekanan serta perselisihan berkaitan pemilihan lokasi majlis perkahwinan, namun polis belum mengesahkan motif sebenar kejadian dan siasatan masih diteruskan.
Topic Berkaitan
#Jodhpur
#India
#dua beradik maut
#keracunan
#pra-perkahwinan
#siasatan polis
#Hindustan Times
#India Today
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan