awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik rentung dalam kebakaran di Keningau

Bernama
Bernama
27/08/2016
01:41 MYT
Dua beradik rentung dalam kebakaran di Keningau
Panggilan kecemasan diterima pada 1.13 pagi ketika rumah di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom itu difahamkan sudah musnah 70 peratus.
Dua beradik perempuan rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah mereka di Keningau pada kira-kira 1 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah di sini, panggilan kecemasan diterima pada 1.13 pagi ketika rumah di Batu 27, Jalan Keningau-Tenom itu difahamkan sudah musnah 70 peratus.
"Sepasukan 11 anggota bomba dengan dua jentera dan satu kenderaan utiliti tiba di tempat kejadian kira-kira tujuh minit selepas panggilan kecemasan diterima.
"Rumah tersebut jenis separuh kekal dan sebaik bomba tiba telah 100 peratus musnah. Terdapat dua mangsa terperangkap dan mati rentung dalam rumah," katanya.
Menurut kenyataan itu, dua beradik itu dikenal pasti sebagai Vanessa Sim Suk Ling, 15, dan Jaslina Sim Suk Fah, 12.
Mayat telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Keningau, katanya.
Topic Berkaitan
#dua beradik
#kebakaran rumah
#Keningau
#rentung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan