awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang

Bernama
Bernama
25/01/2025
01:30 MYT
Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Dua individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dan sebuah Perodua Alza di Jalan Kuala Krai-Gua Musang awal pagi tadi. - Foto JBPM Kelantan/Sinar Harian
KOTA BHARU: Dua individu maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dan sebuah Perodua Alza di Jalan Kuala Krai-Gua Musang awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.06 pagi melalui Sistem MERS dan mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.
Beliau berkata setibanya pasukan bomba pada 4.51 pagi, mereka mendapati kemalangan itu menyebabkan sebuah Perodua Alza terbakar dengan seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu manakala seorang wanita tercampak keluar daripada kenderaan.
"Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa lelaki daripada kenderaan itu, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan pada 5 pagi.
"Mangsa wanita, dipercayai anak kepada mangsa lelaki, yang tercampak keluar juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata operasi tamat sepenuhnya pada 5.45 pagi selepas kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
"Maklumat lanjut mengenai identiti mangsa masih dalam siasatan pihak berkuasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Krai
#bomba
#kemalangan jalan raya
#dua beranak terkorban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan