awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera, Myvi dipandu warga emas OKU terbabas dalam restoran

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/03/2026
03:51 MYT
Dua cedera, Myvi dipandu warga emas OKU terbabas dalam restoran
Kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dari bawah kereta dan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala kaki dan tangan. - Foto JBPM Perak
Dua orang cedera selepas sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) terbabas ke dalam sebuah restoran di Taman Kota Jaya, Taiping, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima maklumat, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping digerakkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki OKU berumur 69 tahun terbabas ke dalam restoran dan melanggar dua mangsa lelaki.
“Kedua-dua mangsa yang dianggarkan berumur dalam lingkungan umur 50-an yang berada di restoran mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dari bawah kereta dan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala kaki dan tangan.
Menurut Sabarodzi, ketua operasi membuat pemantauan di lokasi kejadian dan mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Norhisham Abd Rashid tamat jam 10.30 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#cedera
#terbabas
#restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan