awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes seleweng dana tidak melibatkan institusi zakat - SPRM
Agong berkenan hulur kurniaan peribadi bantu mangsa kebakaran di Sandakan
Zakat Selangor tegaskan tiada kaitan dengan kes seleweng dana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu direman kes seleweng dana zakat RM230 juta

Astro AWANI
Astro AWANI
22/04/2026
04:40 MYT
Dua individu direman kes seleweng dana zakat RM230 juta
Kedua-dua suspek tiba di mahkamah sekitar jam 9.11 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. - Astro AWANI/Shahir Omar
Seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bersama seorang pengarah syarikat ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 27 April bagi membantu siasatan berhubung kes menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.
Kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Shah Alam sekitar jam 9.11 pagi ini diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.
Sebelum ini, pada Selasa, SPRM mendedahkan bahawa seorang timbalan pengerusi NGO merupakan antara tiga individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana zakat melibatkan jumlah besar tersebut.
Difahamkan, penahanan itu dibuat menerusi satu operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang.
Menurut sumber, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an ditahan antara jam 3 hingga 5 petang hari yang sama.
Manakala, seorang lagi suspek berusia 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang.
Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek, termasuk dua individu yang merupakan pengarah syarikat, dipercayai bersubahat dalam kegiatan berkenaan yang berlaku dalam tempoh antara tahun 2018 hingga 2024.
Lebih membimbangkan, siasatan turut mendapati timbalan pengerusi NGO terbabit dipercayai bertindak memindahkan dana berjumlah RM230 juta ke dalam akaun syarikat miliknya.
Dana tersebut dipercayai digunakan bagi tujuan pelaburan serta kepentingan peribadi.
Dalam pada itu, SPRM memaklumkan siasatan kini memberi fokus terhadap elemen penyelewengan dana awam, memandangkan NGO berkenaan menerima sumbangan daripada orang ramai dengan tujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Kes ini sekali lagi mencetuskan kebimbangan terhadap integriti pengurusan dana kebajikan, khususnya yang melibatkan amanah awam.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan kepercayaan masyarakat.
Topic Berkaitan
#dana zakat
#seleweng
#reman
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan