awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BDR: Lebih 150,000 penyertaan, penjimatan minyak lebih RM600,000
Indonesia pertimbang kenakan bayaran ke atas kapal lalu Selat Melaka - Laporan
Kes seleweng dana zakat: IKRAM rehatkan tiga individu, beri kerjasama penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zakat Selangor tegaskan tiada kaitan dengan kes seleweng dana

Bernama
Bernama
22/04/2026
06:45 MYT
Zakat Selangor tegaskan tiada kaitan dengan kes seleweng dana
Zakat Selangor menegaskan kes yang dilaporkan melibatkan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Zakat Selangor atau pengurusan zakat oleh institusinya.
Zakat Selangor menegaskan bahawa kes penyelewengan yang dilaporkan melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Zakat Selangor atau pengurusan zakat oleh institusinya.
Menerusi satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata memandangkan siasatan masih berjalan, Zakat Selangor tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Jelasnya, Zakat Selangor beroperasi sebagai institusi zakat rasmi Negeri Selangor di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor serta tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan sistem tadbir urus, kawal selia serta semak imbang yang menyeluruh.
“Pengurusan dana zakat turut melalui pelbagai lapisan audit dan pemantauan, termasuk audit dalaman, audit luaran serta semakan oleh pihak berautoriti bagi memastikan setiap dana zakat diurus secara teratur dan terkawal.
“Sehubungan itu, Zakat Selangor mengekalkan pendirian tegas terhadap sebarang bentuk salah guna dana zakat serta memastikan pengurusan dana zakat dilaksanakan mengikut rangka kerja tadbir urus yang ditetapkan,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Mohd Khaidzir berkata, orang awam disarankan untuk merujuk kepada saluran rasmi Zakat Selangor bagi mendapatkan maklumat yang tepat serta menunaikan zakat melalui platform yang sah di www.zakatselangor.com.my.
Pada masa yang sama, semua pihak diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar berhubung perkara ini kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan serta menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi zakat.
Topic Berkaitan
#zakat
#seleweng
#Zakat Selangor
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan