awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi mayat dikenal pasti dan badan pesawat QZ8501 dikesan - AirAsia

Bernama
Bernama
14/01/2015
23:00 MYT
Dua lagi mayat dikenal pasti dan badan pesawat QZ8501 dikesan - AirAsia
BASARNAS: Penemuan itu didapati menerusi visual yang diperolehi oleh kenderaan kawalan jauh, ROV milik sebuah kapal SAR.
Dua lagi mayat mangsa penerbangan AirAsia QZ8501, Jie Stephanie Gunawan dan Christanto Leoma Hutama dikenal pasti Rabu.
Dengan pengesahan identiti mayat wanita dan lelaki itu oleh Pasukan Pengenalpasti Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI), tinggal 12 daripada 50 mayat mangsa yang ditemui belum dikenal pasti pada lewat malam Rabu.
AirAsia dalam kenyataan terkininya malam tadi juga berkata Badan Mencari dan Menyelamat Nasional, Indonesia (Basarnas) telah mengenal pasti lokasi badan pesawat AirAsia QZ8501 di kawasan tumpuan utama kedua antara bahagian barat Kalimantan dan Pulau Bangka.
Basarnas berkata penemuan itu didapati menerusi visual yang diperolehi oleh kenderaan kawalan jauh (ROV) milik sebuah kapal mencari dan menyelamat (SAR) yang menunjukkan serpihan utama pesawat QZ8501 selain daripada sayap kanan di dasar Laut Jawa.
"Penyelam daripada pasukan SAR akan dihantar pagi esok (Khamis) untuk operasi mendapatkan kembali serpihan pesawat," kata kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Badan Mencari dan Menyelamat Nasional
#Christanto Leoma Hutama
#Indonesia
#Jie Stephanie Gunawan
#Kalimantan
#kenderaan kawalan jauh
#Pasukan Pengenalpasti Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI)
#Pulau Bangka
#QZ8501
#ROV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan