awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi pemain ski maut dalam insiden berasingan di Tasik Tahoe

Astro AWANI
Astro AWANI
21/02/2026
07:51 MYT
Dua lagi pemain ski maut dalam insiden berasingan di Tasik Tahoe
Tragedi terbaharu ini berlaku ketika komuniti luncur ski masih berduka atas kejadian runtuhan salji maut di Castle Peak pada Selasa lalu, yang disifatkan sebagai antara yang terburuk dalam sejarah moden California. -Foto Ski Heavenly
Dua lagi pemain ski dilaporkan maut di pusat peranginan Tasik Tahoe pada Jumaat, menjadikan siri kematian di kawasan tersebut terus meningkat selepas tragedi runtuhan salji yang meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa awal minggu ini.
Menurut Pejabat Syerif Daerah Douglas, kedua-dua mangsa lelaki itu meninggal dunia dalam insiden berasingan di Heavenly Mountain Resort kira-kira jam 11.55 pagi waktu tempatan.
Mangsa pertama, seorang lelaki berusia 33 tahun, terlibat dalam kemalangan luncur ski di denai Orion yang diklasifikasikan sebagai laluan tahap sederhana.
Mangsa kedua pula, lelaki berusia 58 tahun, mengalami kecemasan perubatan serius di denai Tamarack Return sebelum disahkan meninggal dunia.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa kedua-dua kejadian tiada kaitan antara satu sama lain dan identiti mangsa hanya akan didedahkan selepas ahli keluarga dimaklumkan.
Tragedi terbaharu ini berlaku ketika komuniti luncur ski masih berduka atas kejadian runtuhan salji maut di Castle Peak pada Selasa lalu, yang disifatkan sebagai antara yang terburuk dalam sejarah moden California.
Runtuhan salji tersebut menimbus sekumpulan 15 pemain ski pedalaman (backcountry), mengakibatkan lapan kematian manakala seorang lagi masih hilang dan dikhuatiri maut.
Siri kematian ini telah mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan di kawasan pergunungan Sierra Nevada berikutan cuaca ekstrem dan pengumpulan salji tebal yang tidak stabil.
Sehingga kini, siasatan masih dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan bagi mengenal pasti punca sebenar kesemua insiden maut tersebut.
Topic Berkaitan
#Tasik Tahoe
#Runtuhan salji
#kematian pemain ski
#Heavenly Mountain Resort
#Sierra Nevada
#cuaca ekstrem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan