awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ari Lesmana pertaruh konsert Solo 'MANGU' di Zepp KL Ogos Ini
Agong, Raja Permaisuri dikurniakan cucunda ketujuh
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki jatuh empangan disyaki terlibat curi kabel

Sinar Harian
Sinar Harian
28/02/2026
03:49 MYT
Dua lelaki jatuh empangan disyaki terlibat curi kabel
Operasi menyelamat dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun.
Dua lelaki yang terjatuh ke dalam Empangan Sultan Azlan Shah di Ulu Kinta di sini pada Jumaat disyaki menceroboh kawasan tersebut bagi menjalankan kegiatan mencuri kabel.
Dalam kejadian sekitar jam 12.40 malam itu, seorang daripadanya berjaya diselamatkan anggota bomba sementara seorang lagi masih hilang dikhuatiri lemas.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian curi kabel di kawasan pencawang berkenaan sebelum dimaklumkan mengenai insiden lemas berhampiran lokasi sama.
"Suspek yang terselamat berusia 34 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
"Operasi mencari dan menyelamat rakannya berusia 32 tahun masih dijalankan oleh pihak bomba," katanya ketika dihubungi pemberita.
Beliau berkata, empangan yang berketinggian kira-kira sembilan meter tersebut merupakan kawasan empangan berisiko tinggi.
"Anggota bomba telah membuat pemantauan di sekitar lokasi menggunakan bot bagi mengesan mangsa yang disyaki lemas," katanya.
Insiden itu disedari pihak pengurusan empangan selepas pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat dua lelaki berada di kawasan berkenaan dengan seorang daripadanya tenggelam dan seorang lagi berada di permukaan air. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Empangan Sultan Azlan Shah
#kes curi kabel
#kes lemas
#pencuri lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan