awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Kira-kira 140 anggota tentera AS cedera, kata Pentagon
Konflik Asia Barat: Tehran kecam serangan AS, beri gelaran "Operasi Kesilapan Epik"
Individu perlu miliki integriti tinggi sebelum diberi tanggungjawab

Dua Masjid Suci siap sedia hadapi 10 hari terakhir Ramadan

Bernama
Bernama
10/03/2026
15:59 MYT
Dua Masjid Suci siap sedia hadapi 10 hari terakhir Ramadan
Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci mengambil langkah bagi memastikan pengalaman ibadah yang lancar dan berkualiti tinggi kepada pengunjung di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sepanjang 10 malam terakhir Ramadan. - Foto REUTERS

Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Dua Masjid Suci mengaktifkan pelan operasi komprehensif bagi 10 hari terakhir Ramadan yang berteraskan empat aspek utama iaitu perkhidmatan operasi, penyelenggaraan, pengurusan orang ramai dan pengayaan pengalaman ibadah, lapor Agensi Berita Arab Saudi.

Bagi mengurus lonjakan kehadiran jemaah yang dijangka meningkat, pihak berkuasa menggunakan teknologi Internet benda (IoT) serta skrin berkod warna untuk memantau kepadatan jemaah secara masa nyata, sekali gus membantu memberi panduan kepada jemaah untuk ke kawasan yang kurang sesak.
Usaha penyelenggaraan turut dipertingkat bagi memastikan sistem penyaman udara, pencahayaan dan bunyi beroperasi pada tahap optimum, manakala pengurusan orang ramai diperkukuh dengan penggunaan peta interaktif 3D dan penjejakan kod bar.
Bagi jemaah yang menunaikan iktikaf, pihak berkuasa menyediakan pelbagai perkhidmatan logistik dan perubatan khusus, selain panduan solat digital serta naskhah Al-Quran dalam tulisan Braille.
Langkah bersepadu ini bertujuan memastikan pengalaman ibadah yang lancar dan berkualiti tinggi kepada pengunjung di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sepanjang 10 malam paling suci dalam tahun ini.
--BERNAMA-SPA
Topic Berkaitan
#dua masjid suci
#kepadatan jemaah
#Ramadan
#pelan operasi komprehensif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.